Skim Rumah Pertamaku (atau My First Home Scheme) ni satu skim yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 2011.
Motif utama skim ni sebenarnya untuk sokong mana-mana pembeli rumah pertama, supaya mereka dapat ambil pembiayaan yang sepatutnya bila nak beli rumah.
Dengan Skim Rumah Pertamaku, pemohon yang layak boleh ambil pembiayaan pinjaman sampai 110% daripada harga hartanah, maknanya orang yang nak beli rumah tu dah tak payah serabut fikir pasal duit deposit yang tinggi melambung tu.
Skim ni sebenarnya dah lama juga ada, tapi ramai lagi kat luar sana yang masih tak tau ataupun ragu-ragu dengan skim ni. Kalau anda pembeli rumah pertama yang memerlukan pertolongan dalam merealisasikan impian rumah idaman anda, tak payah risau-risau dan jangan fikir lama-lama. Nanti melepas, gigit jari.
Skim dah ada depan mata ni, oleh itu anda perlu teruskan membaca panduan mudah ni untuk tahu dengan lebih lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku kat Malaysia. Silakan!
Seperti biasa, nak mohon untuk mana-mana skim pun kena la semak dulu apa kriteria yang diperlukan. Tak boleh suka-suka je mohon, lepas itu bila tak dapat, kecewa terus. Padahal kita yang tak semak dulu!
Okay, untuk layak memohon Skim Rumah Pertamaku, anda haruslah tepati syarat kelayakan dan kedudukan kewangan ini:
Kelayakan Pembeli | Kelayakan Kewangan |
---|---|
Pembeli rumah pertama | Tak lebih RM10,000 untuk pemohon individu/bersama |
Warganegara Malaysia | Lebih RM5,000 tapi tak lebih RM10,000 untuk pemohon bersama. |
Makan gaji atau bekerja sendiri | Pendapatan kasar bulanan setiap pemohon tak lebih RM10,000 |
Pemohon individu atau bersama | Untuk hartanah bawah RM500,000, gabungan pendapatan bulanan tak lebih RM10,000 |
Kalau bersama, yang lagi seorang tu mestilah ahli keluarga yang terdekat | Rekod kredit bersih dalam tempoh 12 bulan |
Bukan anda je tau yang nak kena semak kelayakan, hartanah yang nak dibeli tu pun kena tepati beberapa kriteria tertentu, lepas itu baru boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Rumah Pertamaku ni:
Skim Rumah Pertamaku memang dah siap-siap tetapkan had kewangan dan syarat-syarat untuk kesemua pembiayaan yang dibuat bawah skim ni.
Walaupun pinjaman di setiap bank yang terlibat mungkin berbeza, tapi terma pembiayaan untuk Skim Rumah Pertamaku adalah seperti di bawah:
Tempoh pinjaman | Maksimum 35 tahun Atau pemohon tak lebih 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan |
Moratorium jual rumah | 5 tahun |
Bayaran | Ansuran bulanan |
Insurans | Wajib ada insurans/takaful perlindungan kebakaran |
Untuk rumah RM300,000 ke bawah dan pendapatan RM5,000 ke bawah | Wajib tamatkan modul pendidikan kewangan yang disediakan oleh AKPK. |
Kalau tercari-cari di mana nak buat permohonan untuk skim Rumah Pertamaku, jawapannya adalah… ia boleh dibuat di mana-mana cawangan bank yang terlibat!
Sehingga kini, ada 23 bank yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku.
Kesemua bank ni bagi peluang pembiayaan secara konvensional atau Islamik, jadi bolehlah pilih bank yang menepati selera anda.
Kalau nak tengok senarai penuh bank-bank, boleh semak di laman web SRP.
Bank-bank yang turut serta dalam skim ni mempunyai standard kredit dan underwriting (penajajaminan) masing-masing, maknanya, sebelum mohon pinjaman, semua terma dan syarat khusus setiap bank yang terlibat perlu juga dipertimbangkan, okay?
Pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan sebanyak 110% daripada bank yang terlibat dan tanpa wang pendahuluan.
Tak, kadar faedah tak akan berubah bergantung kepada jumlah pembiayaan. Kadar faedah akan mengikut kadar faedah biasa bank berkenaan.
Ya, melalui pembiayaan individu ataupun bersama. Untuk pemohon individu, pendapatan kasar bulanan isi rumah tak harus lebih daripada RM5,000 manakala untuk pendapatan kasar bulanan isi rumah bersama, tak harus lebih daripada RM10,000.
TAK BOLEH! Permohonon bersama hanya boleh dimohon dengan ahli keluarga seperti suami dan isteri, adik-beradik, atau anak dengan ibu/bapa dan memenuhi semua kriteria.
Ya, anda layak untuk memohon untuk Skim Rumah Pertamaku.
Tak, jika anda telah mewarisi harta kediaman, anda dianggap sudah mempunyai harta kediaman jadi kelayakan terbatal. Ini kerana Skim Rumah Pertamaku bertujuan membantu orang untuk memiliki harta kediaman pertama.
Hartanah yang siap dibina dan sedang dibina, sama ada dari pasaran utama atau sekunder.
Tak, Skim Rumah Pertamaku tak meliputi pembinaan rumah atas tanah persendirian.
Untuk harta yang masih sedang dibina, tempoh pembiayaan akan bermula dari tarikh jumlah pembiayaan tersebut dikeluarkan sepenuhnya.
Ya, yuran guaman boleh dikira sebegitu, tetapi bergantung kepada bank yang terlibat.
Insurans/takaful kebakaran adalah wajib. Untuk MRTT/MRTA, ia bergantung kepada keperluan anda dan bank yang terlibat.
Ya, tetapi bergantung kepada bank yang terlibat.
Jadi, kalau anda penuhi syarat, saya ucapkan selamat maju jaya, dan selamat membeli rumah pertama!