Panduan Surat Perjanjian Sewa Rumah (Tenancy Agreement) Malaysia

Lebih selamat kalau buat surat perjanjian sewa rumah, supaya dapat selesaikan apa-apa masalah nanti. Kontrak ini perlu ada maklumat rumah yang penuh, harga sewa dan deposit, tempoh penyewaan dan syarat pembaharuan, tanggungjawab tuan rumah, kewajipan penyewa serta peraturan dan larangan di rumah sewa.

Kepentingan Pada Empunya Rumah Dan Penyewa

Kalau buat deal dengan mulut memang senang sebab dah takyah susah-susah nak rangka kontrak; dan memang ramai pun tuan rumah kat luar sane yang sewakan rumah dorang guna air liur je.


Kira cakap2, setuju, salam, terus settle, memang amek jalan mudah je la kan. Takde dah pikir nak tulis kontrak sebab leceh dan kena bayar ekstra pulak nak dapatkan nasihat peguam.


Memang janji pakai mulut ni senang, tapi kalau boleh tolong ler elakkan sebab nye kalau ada apa-apa masalah nanti, gerenti susah nak selesaikan.


Lagi-lagi bila dah involve kes mahkamah bagai, pastu tuan rumah ngan penyewa plak ada konflik dengan terma sewa yang duk janji sebelum ni.


Kalau dah janji mulut tu, memang takde la tulis detail-detail penting kan, cam berapa penyewa kena bayar kalau barang-barang atau mana-mana bahagian dalam rumah yang rosak atau musnah kes penyewa.

Apa Tu Perjanjian Sewa Rumah?

Perjanjian rumah sewa ni adalah kontrak perjanjian antara tuan rumah dan dah tertulis tanggungjawab dan kewajipan setiap pihak sepanjang tempoh menyewa.


Kontrak ni digunakan untuk melindungi hak tuan rumah dan juga penyewa melalui undang-undang dan syarat-syarat yang tertentu sepanjang tempoh penyewaan.


Dalam kontrak tu jugak ada detail penuh rumah yang disewa, perabot, peralatan dan apa-apa kemudahan yang termasuk dalam sewa.
Nak buat kontrak yang menyeluruh, kira complete la apa sume yang perlu ada dalam tu, dan elok kalau tuan rumah contact mana-mana peguam yang boleh draft Perjanjian Rumah Sewa tu.


Elok jugak penyewa pulak boleh minta nasihat dengan peguam sendiri untuk belek kontrak tu betul-betul.


Kasi check dari awal sampai abes, dan cepat-cepat mintak tukar kalau ada apa-apa yang tak kene sebelum masing-masing nak sign kontrak yang muktamad.


Tapi, nak hire peguam tu kadang-kadang mahal jugak ler servis diorang, so ramai je tuan rumah kat Malaysia ni yang tulis je perjanjian rumah sewa sendiri pastu mintak penyewa untuk setuju dengan kontrak tu.


Buat masa ni memang takde undang-undang negara yang kawal regulasi untuk perjanjian sewa rumah ni, so tuan rumah atau penyewa boleh letak apa-apa je terms yang dorang nak supaya kontrak tu akan bagi benefit pade dua-dua pihak.

Apa Yang Nak Kena Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah?

Kalau nak diikutkan memang banyak la bende/info yang nak kena letak dalam perjanjian tu dan bukan tu je, setiap patah perkataan yang tu pun kena make sure maksudnya jelas dan tepat so takde yang salah faham nanti. Secara basic nyer, sume benda-benda yang kat bawah ni kena ade dalam perjanjian sewa rumah:

  1. Maklumat Rumah Yang Penuh

Nak letak maklumat rumah tu, jangan ler separuh-separuh, nanti orang tak tau rumah mana yang nak sewa dalam kontrak tu.
Kena la letak jenis rumah yang nak disewakan dan kat mana lokasinya. Kalau rumah yang tinggi-tinggi tu, sila la letak nombor unit.
Pastu jangan lupa bagitau jugak samada yang nak disewa tu satu rumah atau sebahagian je dari rumah cam bilik ke.


Lagi satu, ada baik nya jugak kalau tuan rumah masukkan sekali keadaan rumah masa nak bagi sewa – kut ler rumahnya takde perabot ke peralatan dapur ke?


Atau memang nak bagi sekali peti sejuk, aircond dan dapur masak?


Kalau ade benda-benda yang kat atas dalam rumah, eloklah tuan rumah masukkan sekali inventori dalam perjanjian tu.
Dan penyewa pulak boleh ler double check ada ke tidak barang-barang yang tersenarai dalam inventori sebelum nak sign kontrak. Jangan main sign je ye!

2. Harga Sewa Dan Deposit

Yang ni harus la kan… kena letak info harga sewa yang penyewa kena bayar, dan bila due date dan cara dorang boleh bayar sewa (contoh, bayar cash ke depo kat bank ke atau online transfer).

Pastu jangan lupa letak amaun yang penyewa kena bayar untuk deposit ‘earnest’, deposit sekuriti dan deposit utiliti (yang ni kalau tak paham takpe, nanti kat bawah tu saya explain skit).

3. Tempoh Penyewaan Dan Syarat Pembaharuan

Kena la letak betul-betul tarikh yang anda sign kontrak, dan tarikh bila penyewa boleh masuk dan kena keluar rumah.

Kalau lepas dah habis kontrak tu, tuan rumah rasa cam nak bagi lagi orang yang sama menyewa kat situ, bole lah letak klaus untuk sambung sewa dalam kontrak, dan jangan lupa letak syarat nye sekali ye!

4. Tanggungjawab Tuan Rumah

Termasuk sekali dalam perjanjian yang tuan rumah akan pastikan apa-apa cukai berkaitan hartanah akan dibayar pada pihak berkenaan, rumah pulak kena ade insuran dan bayar insuran premium.

Selain tu, kene pastikan jugak perabot dan peralatan yang disediakan sumanya dalam keadaan yang tip-top.

5) Kewajipan Penyewa

Dalam kontrak tu kena jugak letak kewajipan yang penyewa kena ikut sepanjang menyewa kat rumah tu.

Antaranya, penyewa kena bayar sewa dan utiliti tepat pada masa, make sure perabot, perkakas dan dalaman rumah suma dijaga dengan baik.

Kalau ada apa-apa masalah atau struktur dalam rumah rosak ke, kena bagitau pada tuan rumah, dan wajiblah patuh pada peraturan tuan rumah.

6. Peraturan Dan Larangan Di Rumah Sewa

Apa-apa peraturan dan larangan yang nak dikenakan pade penyewa, make sure letak awal-awal dalam kontrak so masing-masing tau apa yang boleh dan tak boleh buat kat rumah tu.

Contohnye, penyewa tak boleh sewakan rumah tu atau mana-mana bahagian rumah pada orang lain, unit hanya boleh digunakan untuk kediaman je. Jadi penyewa tak boleh guna untuk:
• Perniagaan komersil lak kat situ
• Kegiatan yang tak bermoral seperti perjudian atau dadah
• Apa-apa yang boleh menjejaskan perlindungan insuran harta benda
• Membuat apa-apa renovation kat rumah tu
Tuan rumah boleh juga letak peraturan yang rumah tu boleh digunakan oleh satu keluarge je ataupun hanya untuk beberapa individu.

7. Macam Mana Nak Settlekan Masalah

Bahagian ni untuk letak macam mana nak handle kalau ade masalah dalam tempoh menyewa, kut la dalam perjanjian sewa rumah tu terlupa nak masukkan benda-benda penting, atau ada salah faham antara tuan rumah dan penyewa pada mana-mana syarat atau klaus dalam kontrak tu.

Apakah Jenis-Jenis Deposit Yang Penyewa Kena Bayar Dan Berapa Kosnya?

Selain dari sewa rumah, penyewa kadang-kadang kene juga bayar deposit ‘earnest’, deposit sekuriti dan deposit utiliti. Saya explain lagi detail untuk jenis-jenis tu kat sini ye:

  1. Deposit ‘Earnest’

Ni kira deposit yang penyewa bayar untuk book rumah sewa tu so tuan rumah takkan sewakan pada orang lain (dalam mase tujuh hari lepas dapat duit deposit).
Selalu nya deposit ni bersamaan dengan satu bulan sewa, dan akan disimpan dalam tempoh eskrow oleh agen hartanah.
Dan selalunya, deposit ini orang yang nak menyewa bagi sekali dengan “surat tawaran” penyewa, dan satu page dokumen untuk bagitau tuan rumah tentang hasrat nak menyewa dan rumah mana yang nak disewa.
Bila tempoh penyewaan dah start, deposit ‘earnest’ selalunya diguna untuk bayaran sewa bulan pertama.
Kekadang, ade jugak tuan rumah yang pulang balik pada penyewa, atau dipegang sebagai wang jaminan.

2. Deposit Sekuriti

Anggap je deposit sekuriti ni sebagai ikatan yang tuan rumah boleh simpan kalau penyewa melanggar syarat perjanjian sewa rumah.
Sebagai contoh, kalau penyewa tibe-tibe tinggalkan rumah lebih awal dari tarikh dalam kontrak.
Tapi, kalau penyewa dah ikut kontrak bulat-bulat dan sepanjang menyewa tu memang takde masalah, deposit ni akan dibagi balik kepada penyewa.
Deposit ni selalunye bersamaan dengan dua bulan sewa, dan kalau penyewa tetibe lari ke apa, tuan rumah boleh ler guna duit ni untuk bersihkan rumah, baiki apa-apa yang dah rosak dalam rumah, dan untuk ganti peralatan dan kunci.

3. Deposit Utiliti

Tujuan deposit ni untuk tuan rumah membayar bil-bil utiliti yang belum dibayar bila tempoh penyewaan dah tamat, macam bil air, gas, eletrik dan pembentungan. Jumlah deposit ni selalunya 50% daripada sewa satu bulan.
Nota penting: Penyewa kena ingat yang Deposit Sekuriti dan Deposit Utiliti harus dibayar pada tuan rumah selepas dah sign perjanjian sewa rumah.

Berapa Kos Duti Setem Untuk Perjanjian Sewa Rumah?

Bila tuan rumah dan penyewa dah puas hati dengan kontrak sewaan, dua-dua kena sign kontrak dan semua page perjanjian.

Tuan rumah dan penyewa kena juga sediakan saksi untuk sign setiap helai perjanjian tu.. 

Walaupun dah dapat sign suma orang, perjanjian tu belum lagi dianggap sah dan laku dalam mahkamah selagi tak di stamp oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). 

Tapi ingat sebelum nak dapatkan pengesahan dari LHDN, kena bayar duti setem (stamp duty) dulu!

Nanti akan ada staf LHDN yang akan suruh anda submit dua borang permohonan: PDS 1 dan PDS 49 (A). 

Secara basic nya, duti setem untuk perjanjian sewa rumah untuk setahun adalah RM1 untuk setiap RM250 bagi sewa tahunan melebihi RM2,400.

Kalau kontrak dua tahun, duti setem adalah RM2 bagi setiap RM250 daripada sewa tahunan melebihi RM2,400.

Sebagai contoh, kalau sewa bulanan ialah RM2,000, jumlah sewa tahunan adalah RM24,000. Ni formula untuk kira duti setem:

RM24,000 – RM2,400 = RM21,600
RM21,600 / 250 X RM1 = RM86.4 untuk duti setem  

Kalau untuk penyewaan dua tahun pulak, ni cara kiranya: 

RM24,000 – RM2,400 = RM21,600
RM21,600 / 250 X RM2 = RM172.8 untuk duti setem 

Ade pakar dalam urusan perumahan nasihatkan lagi elok kalau mintak staf LHDN untuk stamp setiap copy original kontrak sewa rumah untuk tuan rumah dan penyewa, dan juge ejen hartanah kalau ada guna perkhidmatan agen.

Kat Bawah Ni Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Dah Di Stamp

Anda Boleh Ikut Proses Sewa Kat Bawah Ni Untuk Panduan Yang Lebih Cepat Dan Mudah

  1. Orang yang nak menyewa perlulah melawat rumah untuk periksa apa yang patut, dan confirmkan berapa harga sewa dan deposit yang kena bayar nanti.
  2. Kalau yang nak menyewa tu dah puas hati dengan keadaan rumah dan harga sewa, tuan rumah akan bagi surat tawaran pada penyewa, dan penyewa pulak kena sediakan deposit ‘earnest’.
  3. Kedua-dua pihak kena tandatangan kontrak sewa rumah dalam tempoh tujuh hari selepas membayar deposit ‘earnest’. Dan masa sign tu, diperlukan jugak saksi untuk sign perjanjian tu. Bila dah selesai proses tandatangan tu, penyewa kena bayar deposit sekuriti dan deposit utiliti.
  4. Last sekali, Perjanjian Sewa Rumah yang dah sign tu kena distamp oleh LHDN.

Dah settle suma kat atas ni, maka selesailah urusan kontrak sewa rumah. So, selamat menyewa!

Sumber artikel : PropertyGuru.com.my

Leave a Comment